Kata Mutiara Isi Hati dan Jiwa
Berikut kata mutiara kehidupan untuk kita yang patut kita baca sahabat Hati ke Hati.... untuk kita jadikan Renungan Kita memaknai hidup itu dengan yang sebenarnya.
Bagi seorang wanita, harta
yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh.
Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di
Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini
hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami
yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa
yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta
sayang.
Suami yang soleh adalah
seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di
dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi
makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.
Seorang suami yang soleh
adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan
isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi
suaminya.
Sebuah
renungan..
‘Usahlah kau menagih belas kasihan dari
manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.
Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.
Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia
Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwa-jiwanya. (Quran, 12:53)
rahmat pada jiwa-jiwanya. (Quran, 12:53)
Palingkan wajahmu hanya
kepada Dia -
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..
walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat
..bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat
..bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.
Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.
kau pasti terduduk, ternganga.
Tiada manusia yang terlalu gagah untuk
hidup tanpa Allah.
Jangan kau zalimi diri.. jangan kau berulah,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah
Jangan kau zalimi diri.. jangan kau berulah,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah
Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.
Bila suka, lupa.
Sedarlah.
Malulah.
Beradablah kepada Allah.
Malulah.
Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,
antara jasad dan jiwa.’
antara jasad dan jiwa.’
Duhai Tuhan Pemilik
Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.
Memandang dia,
aku pun ingat pada-Nya. Dan cinta pada Sang Pencipta, yang menjadikan aku
sebagaimana adanya, semakin membening. Subhanallah, Maha Besar Engkau ya Rabbi,
yang telah memberi anugerah pertemuan ini. Rahmatilah jiwa-jiwa kami,
sebagaimana Engkau rahmati jiwa-jiwa yang muthma’inah. Kekalkanlah persaudaraan
kami, dalam mulianya budi pekerti dan murninya ikhlas – fi sabilillah..
sehingga ke syurga-Mu, selamanya. (Amin ya Allah)



